Ahad, 30 Disember 2012
Kari Ikan Sembilang + Ikan Belukang 2012.
Sedapnya hari ni saya buat gulai[kari] ikan Sembilang,masa saya Beli ikan Sebilang + ikan Belukang,ikan tu masih hidup lagi dok kodeq-kodeq dekat atas simen kat tempat mereka berniaga,kalau nak beli 2 ikan ni kena pergi pasar awal-awal pukul 7 pgi mesti dah ada dekat pasar kalau tidak by by sekejap saja ikan dah habis,kalau kat tempat lain ada laa tapi ikan dah mati.
Selasa, 18 Disember 2012
BERKELAH DI LUAR RUMAH 2012
Dekat kampung makan nasi di luar rumah beramai-ramai memang seronok,pemandangan pun cantik,makan pun sedap,ikan darat goreng,Keli/Puyu/Haruan/Sepat, sayur kampung pucuk manis,udang goreng+kacang lendir,masak kicap ayam kampung & ikan Kembung goreng memang sedap...Air kelapa muda + air tebu :)
Sabtu, 15 Disember 2012
Sabtu, 8 Disember 2012
LEPAT PISANG + KOPI O
Petang-petang macam ni tak buat apa-apa.Pisang pulak ada banyak. Masak ranum pulak tu.anak- anak pulak tak nak makan pisang.jadi pikir2,buat la lepat pisang.meleleh pulak tengok lepat pisang,saya tak boleh makan .lepat pisang banyak,jadi sedekah bagi kat jiran-jiran,so dapat minum kopi o jelah hahaha kesian kat saya kan?!
Singgah di hentian sebelah Gua Tempurung.
Pemandangan dekat sini memang cantik,di kelilingi bukit bukau,mempunyai persekitaran yang bersih dan rasa nyaman sekali ,bunyi unggas-unggas di dalam hutan rasa tenang ,terdapat juga gerai kecil menjual makanan/buah-buahan dan macam-macam lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)