Sabtu, 2 November 2013

Sambal Tumis Ketam








Nak buat sambal ketam ni mudah ja..tak susah pun..budak sekolah rendah pun boleh buat..@__@

1- ulas bawang merah

1- ulas bawang putih

3- sudu besar sambal yang telah siap dimasak

4- ekor ketam

kunyit-garam untuk dilumur dekat ketam

2- sudu besar minyak sayur kalau nak guna minyak biasa pun boleh..

kalau kurang sedap boleh tambah apa yang patut ^^

1]Mula-mula basuh ketam macam biasa lah kan..potong kaki dia buang lah apa yang patut..

2]Dah siap semua lumur garam & kunyit dekat ketam

3]potong bawang untuk menumis

4]mula panaskan kuali, masukkan minyak 1 sudu,masukkan ketam balik balikkan tutup sekejap,bukak lihat nanti hangus pulak, api jangan terlalu kuat,bila kulit ketam dah merah bukak penutup tadi balik balikkan ketam sampai masak,bila dah masak masukkan minyak 1 sudu, masukkan bawang tumis sampai bawang kuning lepas tu masukkan sambal tadi..balik-balikkan tambah apa yang patut kalau tak cukup rasa...dah siap.. boleh dihidang...^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan