Ahad, 25 November 2012

Highway Utara-Selatan 2012



Balik kampung waktu malam memang berisiko nak-nak bila bulan ramadan, mengantuk mata pun nak pejam jaaa,awal-awal boleh laa mata bertahan kalau dah tengah malam matapun zzzzzz laa apa lagi hahaha,kali pertama berhenti sekejap beli minuman panas dekat Pagoh minum dulu baru teruskan perjalanan kali ke 2 berhenti untuk sejukkan kereta sebab dah terlalu lama berjalan kereta pun panas, turun jalan-jalan badan pun sakit duduk saja dalam kereta jadi pemerhati kot-kot ada lori ka kat depan tu yg bawak perlahan..bas pun banyak waktu malam bawa pulak laju-laju memang takut ahhh...kalau tak terpaksa saya lebih suka balik kampung waktu siang nun jauh di sana dah nampak apa yang ada kat depan, bezanya kalau waktu malam tak panas sejuk jaaa,,kalau tidur pun syok jaaa..kalau siang panas dan mengantuk bila waktu petang mata ditarik tarik jaaaa suruh pejam . Sampai Sungai Buluh lebih kurang pukul 5.30 pagi, berhenti untuk sembahyang subuh dekat R & R Jejantas Sungai Buluh.















































Musim Durian-Durian dari Pontian 2012



Durian baru sampai semasa saya pergi ke gerai buah-buahan,banyaknya buah durian,, 1 lori buah durian baru diangkut turun,durian dari Pontian,hari ni saya tanak pulut untuk makan dengan durian + santan,,em....memang sedap ,jemput makan....


























Sabtu, 17 November 2012

Ikan salmon masak masam manis .



Pertama kali masak Ikan Salmon masak masam manis,rasanya boleh tahan jugak sedap,suami la nak makan ikan salmon jadi buat la.. dia pergi jusco beli tapi bahan-bahan tak cukup jadi masak la apa yang ada,hari ni tak pergi pasar hehe





Ikan salmon masak masam manis

Bahan-bahan

2-keping ikan salmon

Garam,lada hitam[untuk ikan]

1-cawan Sos cili Thai

garam,perasa,gula secukup rasa[untuk kuah]

1-labu bawang besar

3-ulas bawang putih

1-ulas bawang merah

1-batang carrot

sedikit air
Minyak zaitun secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya

1-tumbuk lada hitam sampai halus

2-Garam dan lada hitam lumur dekat ikan

3-panaskan minyak goreng ikan dengan minyak zaitun bila sudah masak tos kan

4-minyak tadi boleh digunakan untuk buat kuah masam manis

5-potong bawang besar.

Potong bawang merah,bawang putih[untuk menumis]

Carrot potong 3,lepas tu potong dadu panjang,carrot kalau potong panjang lebih manis

Tumis bawang putih bawang merah sampai kekuning kuningan lepastu masukkan bawang besar,carrot kacau-kacau sekejap masukkan sos cili Thai kacau lagi masuk perasa, garam dan sedikit air bila kuah sudah siap masukkan kuah tadi dalam pinggan lepastu letak ikan tadi atas kuah tadi dah siap....

Biasanya ikan saya masukkan dalam kuah balik-balikan baru kuah masam manis meresap dalam ikan baru rasa kuah lebih sedap,kali ni masak ikan Salmon,satu kelainan bagi saya ikan salmon perap dengan lada masak pulak masam manis macam pelik pulak kan? tapikan yang penting rasanya sedap..








Bulan ramadan pergi Jusco Bukit Indah 2012.




Bulan puasa biasa la kan. Budak2 tak larat nak jalan,pagi tak ramai sangat orang datang. Bulan puasa bukannya boleh makan pun,jalan2 lihat baju raya kalau ada yang berkenan di hati, waktu petang baru ramai orang datang,saya balik awal lepastu nak masak lagi beli la barang sikit2