Selasa, 5 Jun 2012

JUSCO BUKIT INDAH 2012




Semasa pergi sesat semasa balik pun sesat....hahaha. Sebenarnya kami baru pertama kali ke sana. Kami hanya bergantung kepada pelan yang diambil dari google maps. Sebenarnya semasa kami hendak kesana agak sukar kerana tiada papan tanda yang menunjuk arah ke JUSCO cuma apabila nak sampai barulah ada tanda arah itupun bila dah dekat sangat. Akhirnya kami tersalah ambil jalan lalu masuk semula ke laluan menghala kearah lebuhraya utara selatan. Nasib baik kami dapat mencari jalan untuk masuk semula ke jalan tadi. Semasa balik pula kami ingat guna lebuhraya lebih senang. Rupa-rupanya kami menghala ke arah Pontian/Senai dan ini menyebabkan kami terpaksa keuar semula dan masuk ke jalan yang mengarah ke Kota Iskandar. Jalan yang kami lalui agak pelik kerana tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang. Takut untuk mengambil risiko lalu kami mencari jalan untuk masuk semula ke Nusa Jaya. Kami terpaksa menngharungi laluan yang sangat sesak. Tapi tak apalah asalkan kami tak tersesat lagi. Sebenarnya kami ada kerja sikit jadi kami terpaksalah pergi sana. Jusco Bukit Indah memang best, saya pergi sana,,rambang mata,,semua nak beli, kalau anda pergi sana,macam-macam anda boleh beli,Jusco Bukit Indah memang luas,,ramai jugak yang pergi tengok wayang,saya dan keluarga jalan-jalan dekat sana memang seronok,,,ada tempat saya tak pergi pun sebab dah tak larat nak jalan,, lain kali boleh pergi lagi.
























































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan